JALAN KELUAR Api itu, tatkala kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan. Api memang tidak mengenal darjat penghuni dan rumah kediaman mereka. Apabila berlaku kebakaran, langkah yang paling penting ialah mencari jalan keluar. Oleh itu anda mestilah mengenal pasti sekurang-kurangnya dua jalan keluar di rumah anda untuk menyelamatkan diri daripada kebakaran. BINCANGKAN PELAN MEYELAMATKAN DIRI DENGAN KELUARGA Anda harus mengadakan perbincangan dengan keluarga anda mengenai pelan menyelamatkan diri daripada kebakaran di rumah. Pastikan seluruh keluarga anda memahami dan mengetahui apa yang perlu dibuat jika berlaku kebakaran. Adakan latihan amali di hujung minggu atau bila ada masa lapang supaya ia sentiasa dalam ingatan ahli keluarga anda. CUBA ELAKKAN PENGGUNAAN JERIJI Cuba elakkan penggunaan jeriji besi pada tingkap dan pintu rumah anda. Jika anda terpaksa menggunakannya, pastikan jeriji tersebut boleh dibuka daripada dalam rumah dengan mudah. JALAN KELUAR TIDAK DIHALANG Pastikan semua jalan keluar di rumah anda mudah dilalui dan bebas daripada sebarang halangan. ANAK KUNCI MUDAH DIAMBIL Setiap ahli keluarga mestilah tahu di mana anak kunci pintu atau jeriji biasanya disimpan. Jangan mengubah tempat menyimpan anak kunci. MEMASANG ALAT PENGESAN ASAP Pastikan anda memasang sekurang-kurangnya satu pengesan asap di rumah untuk memberi isyarat bermulanya kebakaran. |
Terakhir dikemaskini pada Khamis, 01 April 2010 |
Tuesday, 19 April 2011
* PETUA MENYELAMATKAN DIRI DARIPADA KEBAKARAN
Subscribe to:
Posts (Atom)